Cerita Bolasepak Malaysia: Aksi Lokal, Bersinar di Asia, Gema di Dunia!
-

Kelayakan Piala Asia B-22: Malaysia Membelasah Filipina 7 – 0
Skuad Ong Kim Swee telah bertindak garang dalam perlawanan kedua pusingan kelayakan Piala Asia bawah-22 tahun apabila membelasah Filipina dengan 7 gol berbalas sifar. Selepas kalah dalam perlawanan pertama menentang Korea Selatan, nampaknya Harimau Muda tidak memberikan ruang langsung kepada Filipina dengan melakukan “pesta gol” ke atas mereka.
-

Kelayakan Piala Asia B-22: Malaysia 2 Korea Selatan 3
Aksi perlawanan pertama skuad bimbingan Ong Kim Swee menentang Korea Selatan menyaksikan Harimau Muda tewas 2 – 3 kepada Korea Selatan, tetapi mempamerkan aksi yang memberangsangkan untuk perlawanan-perlawanan seterusnya. Kedua-dua gol Malaysia dijaringan oleh penyerang Thamil Arasu.
-

Kelayakan Piala Asia B-22: Ong Kim Swee Harap Tuah Aksi Pertama
Berdepan pasukan pilihan utama, Korea Selatan dan terpaksa beraksi pada waktu 3.15 petang, mungkin bukan satu situasi yang pasti dimahukan oleh mana-mana jurulatih. Namun, itulah cabaran sulung yang terpaksa dihadapi oleh jurulatih negara, Ong Kim Swee bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun dan perlu melalui tiga lagi baki perlawanan di sebelah petang…
-

Tiba Masanya Untuk Presiden FAM Berundur
Terlebih dahulu saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini akan menguris hati mana-mana pihak terutama sekali seluruh rakyat negeri Pahang. Ibu saya sendiri berasal dari Temerloh, tapi bukan itu sebabnya kenapa saya tidak boleh bercakap mengenai Presiden FAM yang berasal dari Pahang.
-

Cabaran Tambak: Malaysia 2 Singapura 0 Di Pusingan Kedua
Malaysia berjaya mengakhiri badi 8 tahun dengan menewaskan pasukan kebangsaan Singapura, dalam siri perlawanan persahabatan “Cabaran Tambak” pada pusingan kedua di Stadium Shah Alam. Gol-gol telah dijaringkan oleh penyerang Shakir Ali dan kapten Safiq Rahim.
-

Skuad Malaysia Menentang Filipina (1 Jun) Dan Singapura (8 Dan 12 Jun)
Berikut adalah senarai para pemain yang terpilih menyertai latihan skuad kebangsaan untuk menentang Filipina (1 Jun) dan Singapura (8 dan 12 Jun), dalam satu siri perlawanan persahabatan yang telah diatur sebelum ini untuk menentukan barisan terkuat untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF 2012.