Cerita Bolasepak Malaysia: Aksi Lokal, Bersinar di Asia, Gema di Dunia!
-

Institut Johan Cruyff Di Johor
Lagenda bola sepak Belanda, Johan Cruyff akan membina institut sukan bertaraf dunia, Johan Cruyff Institute Malaysia di Nusajaya. Institut ini dimulakan oleh Johan Cruyff pada tahun 1998 yang menawarkan program yang direka untuk membantu atlet, bekas atlet, jurulatih dan pemimpin sukan untuk seimbangkan sukan dan akademik dan juga untuk mengembangkan bakat di peringkat antarabangsa.
-

Wajarkah Pemilik Asing Beli Kelab-Kelab Bolasepak Malaysia?
Cadangan yang dikemukakan ini mungkin dilihat janggal dan tidak praktikal. Malah boleh dikatakan ianya suatu idea yang utopia. Ia mungkin dilihat sebagai sesuatu yang bercita-cita besar, di luar kemampuan sesebuah pihak, lebih penting lagi ianya tidak mungkin akan diterima oleh pihak yang berkenaan. Dalam kolum penulis minggu lalu, timbul cadangan agar kelab-kelab bola sepak di…
-

Kelayakan Piala Asia B-22: Myanmar Tewaskan Malaysia, Bantahan Kepada AFC Kerana Pemain Lebih Umur
Pihak pengurusan skuad B-22 Malaysia dilaporkan sudah membuat aduan rasmi kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengenai dakwaan pasukan tuan rumah, Myanmar menggunakan pemain lebih umur dalam perlawanan terakhir kelayakan kumpulan G malam tadi. Myanmar didakwa telah mendaftarkan pemain lebih umur ketika menentang Harimau Muda yang bersaing merebut slot automatik Piala AFC B-22.
-

UEFA Euro 2012: Sepanyol 4 Itali 0
Perlawanan akhir antara Sepanyol dan Itali untuk memenangi kejuaraan Piala Eropah 2012 menyaksikan aksi berat sebelah, dengan kemenangan berpihak kepada Sepanyol yang menjaringkan 4 gol menewaskan Itali. Ternyata kepantasan Sepanyol dengan aksi “Tiki Taka” mereka sukar untuk disaingi oleh pasukan Itali, yang terpaksa bermain dengan sepuluh orang di separuh masa kedua akibat kecederaan pada salah…
-

Kelayakan Piala Asia B-22: Malaysia Menewaskan Vietnam 3 – 0
Skuad Malaysia B-22 meneruskan siri kemenangan dengan menewaskan Vietnam 3-0 hari ini di Myanmar. Rozaimi Abd Rahman menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan hatrik, seterusnya memberikan tiga mata penuh kepada pasukan Harimau Muda menentang Vietnam di Stadium Aung San petang tadi.
-

Kelayakan Piala Asia B-22: Malaysia 4 Chinese Taipei 2
Skuad Malaysia B-22 meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan menewaskan Chinese Taipei dengan 4 gol berbalas 2 dalam saingan Kumpulan G pusingan kelayakan Piala Asia B-22 tahun 2013. Sentuhan Rozaimi Abd Rahman terus berbisa apabila menjaringkan dua gol untuk membantu skuad negara menumpaskan Taiwan, sekaligus merekodkan kemenangan kedua berturut-turut di Yangon, Myanmar.