Tag: bolasepak
-

Hamidin Mohd Amin Setiausaha Agung Baru FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan pelantikan Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Datuk Azzuddin Ahmad. Pelantikan Hamidin diumumkan setelah mendapat perkenan Presiden FAM Sultan Ahmad Shah. Azzuddin menjawat jawatan Setiausaha Agung FAM sejak 2007 menggantikan Datuk Dr. Ibrahim Saad. Beliau dikatakan akan mengambil alih jawatan yang sama di Persekutuan Bolasepak…
-

Sultan Bola Murka!
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) iaitu Sultan Ahmad Shah membidas segelintir pihak yang melemparkan kritikan mempertikai tugas badan induk itu tanpa berfikir panjang. Menurutnya biarpun negara memiliki kebebasan bersuara, beliau berkata, ada masanya setiap komen yang ingin diberikan perlu difikirkan terlebih dulu sebelum memberikan pandangan masing-masing. “Sudah tentu anda boleh memberi komen kerana Malaysia…
-

Skuad Olimpik Malaysia Tewas 1 – 0 Kepada Olimpik Kemboja
Skuad Olimpik Malaysia kalah tipis 1-0 kepada skuad kebangsaan Kemboja dalam perlawanan bola sepak persahabatan pada 7hb Jun 2011 di Phnom Penh, Kemboja. Keadaan padang yang lecak akibat hujan lebat juga tidak memberikan banyak peluang kepada skuad Olimpik bermain pada tahap yang sebenar. Gol tunggal perlawanan dijaringkan Kouch Sokhumpeak pada minit ke-10 menerusi rembatan kencang…
-

Rajagobal Mendapat Gelaran Datuk
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal dianugerahkan pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran “Datuk” oleh Yang di-Pertuan Agong pada hari keputeraan baginda. Rajagobal menyertai 67 penerima anugerah yang lain dari Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Negara hari ini, yang turut menyenaraikan mendiang lagenda bola sepak negara, R. Arumugam atau lebih…
-

Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Kim Swee Tetap Optimis
Meskipun pemain pertahanan Faizal Muhammad disahkan mengalami kecederaan sehinggakan mengakibatkan beliau tidak dapat disertakan untuk bermain di Lahore, Pakistan pada Rabu ini, jurulatih skuad Olimpik kebangsaan Ong Kim Swee tetap optimis bahawa mereka boleh mempertahankan kelebihan dua gol ketika bermain di Shah Alam tempoh hari.
-

Malaysia Tewas Kepada China – Mendapat Tiga Kad Merah
Malaysia mengalami nasib yang malang hari ini, apabila bukan sahaja kalah terhadap China pada perlawanan terakhir Kumpulan A tetapi terpaksa bermain dengan 8 pemain di saat akhir perlawanan sekaligus tewas dengan jaringan 3-0, sekaligus membolehkan China menduduki tempat kedua di kedudukan pasukan Kumpulan A.