Cerita Bolasepak Malaysia: Aksi Lokal, Bersinar di Asia, Gema di Dunia!

  • Perlawanan Persahabatan Antarabangsa: Malaysia Seri 1 – 1 Dengan Hong Kong

    Perlawanan Persahabatan Antarabangsa: Malaysia Seri 1 – 1 Dengan Hong Kong

    Perlawanan persahabatan antarabangsa yang kedua di antara Malaysia dan Hong Kong yang berlangsung di HK pada 3hb Jun 2011. Enam pemain daripada skuad Piala Suzuki AFF 2010 tidak beraksi di dalam perlawanan ini kerana menyertai skuad Olimpik kebangsaan.

  • Malaysia Mengikat Etoile FC 1 – 1

    Malaysia Mengikat Etoile FC 1 – 1

    Skuad bola sepak kebangsaan mengikat kelab dari Perancis yang merupakan juara Liga Singapura musim lalu, Etoile FC 1-1 pada aksi perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi. Skuad Harimau Malaya mendahului seawal minit keenam menerusi tandukan cantik Ahmad Fakri Saarani hasil lambungan Asraruddin Putra Omar dari sebelah kiri untuk mengejutkan penjaga gol…

  • Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia Layak Ke Pusingan Kedua

    Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia Layak Ke Pusingan Kedua

    Malaysia berjaya layak ke pusingan kedua kelayakan pra-Olimpik apabila mengikat Pakistan 0 - 0 di Lahore Rabu lepas, dan oleh itu menang dengan agregat 2 - 0. Malangnya siaran langsung perlawanan tersebut tidak dapat disiarkan disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

  • Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia lawan Pakistan malam ini

    Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia lawan Pakistan malam ini

    Malam ini merupakan perlawanan penentuan mengenai siapakah yang akan layak ke pusingan kedua kelayakan pra-Olimpik. Walaupun berbekalkan kelebihan 2 - 0 mengatasi Pakistan ketika perlawanan pertama di Shah Alam tempoh hari, ia merupakan perkara yang perlu dikekalkan pasukan Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee dalam usaha memburu slot ke pusingan kedua sejak 1980.

  • Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Kim Swee Tetap Optimis

    Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Kim Swee Tetap Optimis

    Meskipun pemain pertahanan Faizal Muhammad disahkan mengalami kecederaan sehinggakan mengakibatkan beliau tidak dapat disertakan untuk bermain di Lahore, Pakistan pada Rabu ini, jurulatih skuad Olimpik kebangsaan Ong Kim Swee tetap optimis bahawa mereka boleh mempertahankan kelebihan dua gol ketika bermain di Shah Alam tempoh hari.

  • Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia Menang 2 – 0 Ke Atas Pakistan

    Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia Menang 2 – 0 Ke Atas Pakistan

    Malaysia mempamerkan aksi yang baik apabila menewaskan Pakistan dengan jaringan 2 - 0 di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Dari awal wisel pertama dibunyikan, skuad bimbingan Ong Kim Swee amat agresif dengan memulakan serangan bertali-arus ke arah kawasan pintu gol Pakistan.