Cerita Bolasepak Malaysia: Aksi Lokal, Bersinar di Asia, Gema di Dunia!

  • Aksi Buruk Yang Berakhir Dengan Seri

    Aksi Buruk Yang Berakhir Dengan Seri

    Skrip sama berulang apabila skuad Harimau Malaya sekadar seri tanpa jaringan dengan Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa yang menyaksikan penyerang Mohd Safee Sali gagal menyempurnakan sepakan penalti pada lewat permainan di Pusat Sukan Cebu, malam tadi. Safee yang masuk menggantikan Mohd Nor Farhan Muhammad pada minit-88 membuat sentuhan pertama dua minit kemudian dengan sepakan penalti…

  • Misi Pasukan Sempurnakan Hajat

    Misi Pasukan Sempurnakan Hajat

    Skuad Harimau Malaya bersedia untuk menyempurnakan hajat yang “tertangguh” bulan lalu dengan merekod kemenangan ke atas Filipina pada aksi persahabatan antarabangsa di Pusat Sukan Kota Cebu malam ini. Selepas sekadar seri tanpa jaringan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 1hb Mac lalu yang terjejas akibat kekecohan Ultras Malaya, ini peluang terbaik untuk anak buah Datuk…

  • Semangat Baru Nor Farhan

    Semangat Baru Nor Farhan

    Peluang yang diberikan Datuk Ong Kim Swee seperti memberi semangat baru buat penyerang Mohd Nor Farhan Muhammad untuk kembali menyinar di pentas antarabangsa selepas namanya “tenggelam” bersama skuad Harimau Malaya. Kali terakhir pemain Terengganu berusia 29 tahun itu menyarung jersi kebangsaan ketika di bawah kendalian Datuk K Rajagobal bagi perlawanan persahabatan menentang kelab Liga Perdana…

  • Sultan Ahmad Shah Lepas Jawatan Presiden?

    Sultan Ahmad Shah Lepas Jawatan Presiden?

    Persa­tuan Bolasepak Malaysia (FAM) dikatakan bakal mendapat presiden baru kerana difahamkan Sultan Ahmad Shah tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan sempena Kongres FAM yang akan berlangsung bulan depan. Jika ini berlaku, calon yang akan menggantikan baginda ialah anak­andanya, Tengku Abdullah yang ketika ini merupakan timbalan presiden, walaupun nama-nama calon yang akan bertanding untuk jawatan tertinggi…

  • Kelantan Pecat Steve Darby

    Kelantan Pecat Steve Darby

    KAFA mengambil langkah drastik dengan memecat jurulatih Kelantan, Steve Darby, berkuatkuasa serta-merta sejurus selepas The Red Warriors (TRW) mengalami kekalahan teruk 4-0 di tangan Sime Darby. Keputusan itu dibuat selepas pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengadakan perbincangan setelah tamat perlawanan tersebut. Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata dalam laman Facebook miliknya: “Setelah…

  • Marlon Alex James Mengakhiri Karier Dan Meninggalkan ATM

    Marlon Alex James Mengakhiri Karier Dan Meninggalkan ATM

    Azimat pasukan ATM dan penjaring terbanyak musim lalu, Marlon Alex James, telah mengambil keputusan untuk menamatkan karier beliau dan meninggalkan pasukan. Berita terkini ini telah disahkan oleh jurulatih ATM, B. Sathianathan, yang menyatakan bahawa Marlon tidak lagi akan menjadi sebahagian daripada ATM. Menurut media, Sathia menyatakan bahawa Marlon memaklumkan kepadanya bahawa dia telah mengambil keputusan…