Malaysia telah diletakkan dalam Kumpulan C bersama-sama Jepun, Bahrain dan Syria dalam undian yang menentukan peringkat kumpulan, untuk pusingan ketiga kelayakan pra-Olimpik untuk ke pusingan akhir di London pada tahun 2012. Undian telah dijalankan di AFC House, Bukit Jalil. Hanya 3 tempat secara automatik dan satu tempat secara play-off di berikan kepada pasukan-pasukan dari zon Asia.
Malaysia akan bertemu Jepun dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan pada 23 September 2011.
Leave a Reply