Category: Berita
-
Skuad Olimpik Malaysia Tewas 1 – 0 Kepada Olimpik Kemboja
Skuad Olimpik Malaysia kalah tipis 1-0 kepada skuad kebangsaan Kemboja dalam perlawanan bola sepak persahabatan pada 7hb Jun 2011 di Phnom Penh, Kemboja. Keadaan padang yang lecak akibat hujan lebat juga tidak memberikan banyak peluang kepada skuad Olimpik bermain pada tahap yang sebenar. Gol tunggal perlawanan dijaringkan Kouch Sokhumpeak pada minit ke-10 menerusi rembatan kencang…
-
Liverpool Sah Akan Bertandang Ke Malaysia
Kelab bola sepak dari Liga Perdana Inggeris, Liverpool FC mengesahkan lawatannya ke Malaysia bagi menyempurnakan lawatan musim panas Asia kelab tersebut. Liverpool akan menentang pilihan Malaysia (Malaysia XI) pada hari Sabtu, 16 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
-
Rajagobal Mendapat Gelaran Datuk
Ketua jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal dianugerahkan pingat Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran “Datuk” oleh Yang di-Pertuan Agong pada hari keputeraan baginda. Rajagobal menyertai 67 penerima anugerah yang lain dari Tuanku Mizan Zainal Abidin di Balairong Seri Istana Negara hari ini, yang turut menyenaraikan mendiang lagenda bola sepak negara, R. Arumugam atau lebih…
-
Perlawanan Persahabatan Antarabangsa: Malaysia Seri 1 – 1 Dengan Hong Kong
Perlawanan persahabatan antarabangsa yang kedua di antara Malaysia dan Hong Kong yang berlangsung di HK pada 3hb Jun 2011. Enam pemain daripada skuad Piala Suzuki AFF 2010 tidak beraksi di dalam perlawanan ini kerana menyertai skuad Olimpik kebangsaan.
-
Pusingan Kelayakan Pra-Olimpik: Malaysia lawan Pakistan malam ini
Malam ini merupakan perlawanan penentuan mengenai siapakah yang akan layak ke pusingan kedua kelayakan pra-Olimpik. Walaupun berbekalkan kelebihan 2 – 0 mengatasi Pakistan ketika perlawanan pertama di Shah Alam tempoh hari, ia merupakan perkara yang perlu dikekalkan pasukan Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee dalam usaha memburu slot ke pusingan kedua sejak 1980.
-
Jepun Juara Piala Asia 2011
Jepun berjaya menjulang Piala Asia untuk edisi 2011 buat kali keempat, apabila pemain gantian Tadanari Lee, menjaringkan gol pada masa tambahan untuk kemenangan 1 – 0 ke atas Australia. Lee, yang tidak dikawal, merembat masuk bola dengan kaki kiri dari jarak 10 meter, hasil hantaran silang Yuto Nagatoma pada minit ke-109.